Program Gerak Usahawan Nasional ( GUN )
Posted February 1st, 2009 by AbuSy No Comments »
Program Gerak Usahawan Nasional (GUN) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KPUK/MeCD) akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 6hb hingga 8hb Februari 2009 (tarikh baru), dari jam 10 pagi hingga 8 malam.
Sebanyak 500 booth, termasuk 20 pavilion dan 20 booth Malaysia Kitchen akan disediakan untuk para usahawan yang berminat untuk menjadi pemamer. Kos setiap booth standard bersaiz 3m x 3m ialah RM250 seunit. Tarikh tutup permohonan ialah 5 JAN 2009.
GUN kali ini dijangkakan akan menarik puluhan ribu peserta termasuk dari golongan usahawan-usahawan sendiri untuk program-program termasuk sesi pemadanan perniagaan, sesi taklimat, ceramah (perkongsian pengalaman) usahawan cemerlang, bengkel-bengkel dan sesi klinik serta perundingan.
Majlis pelancaran oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dijadualkan akan berlangsung pada jam 9:30 pagi, hari Jumaat, 6 FEB 2009.

Di bawah ini disertakan email rasmi penyertaan VeMMA Malaysia di ekspo tersebut :
“Vemma Malaysia has been selected to participate in the national big entrepreneurs exhibitions organized by the
Ministry of Entrepreneur Development and Co-operative Development (MECD)
(Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi).”
Jumpa anda di sana.































